Just another WordPress.com weblog

Kanser Ovari

1) Epidemiologi kanser ovari:

Siapa ?
Satu daripada 70 orang wanita akan menghidap kanser ovari dalam seumur hidupnya; Jika dia mempunyai penurunan genetik predisposisi, statistik menunjukkan satu daripada dua orang wanita tersebut akan menghidap kanser ini.

Frekuensi ?

Kanser ovari adalah kanser wanita keempat yang paling umum. Ia 6 kali kurang umum dari kanser payudara. Ia berlaku lebih ketara antara wanita berbangsa putih. Wanita Asia kurang menghidap kanser ovari dibanding dengan bangsa Amerika.

Age ?
Purata umur kejadian adalah 59; bagi wanita yang mewarisi genetik predisposisi umur kejadian adalah 49. Ia juga berlaku pada wanita muda (20-30).

Faktor risiko ?
Ovulasi adalah risiko utama :
– peningkatan umur;
– ovulasi untuk wanita yang pernah mengandung beberapa kali.
Khasiat: kaitan antara lemak dan protin haiwan, dan juga peningkatan berat badan berlebihan.

Faktor Pelindung ?
– Keadaan di mana ovulasi mengurang (kehamilan berganda, penyusuan, kontraseptif oral).
– Diet yang kaya dengan sayur-sayuran (terutamanya beta-karotin).

2) Rawatan Kanser Ovari:
Ovari adalah organ yang berkedudukan di dalam badan, biasanya kanser ini merebak ke abdomen tanpa simpton; keputusannya biasa lewat untuk dirawati : 75% daripada kanser ini dirawati pada peringkat lewat; ia adalah kanser yang dasyhat; Oleh demikian, langkah pencegahan yang efektif mesti dilakukan awal sebelum tanda klinikal ditunjukkan.
Bila kadar terselamat dalam masa lima tahun adalah 30%, kadar terselamat untuk peringkat III dan IV adalah hanya 10%. Kadar terselamat sebanyak 90% mungkin diperolehi bagi pesakit yang mendapat pengesanan awal terbatas ke ovari saja.

Simptom: sakit pada pelvik-abdomen, bengkak pada abdomen, pendarahan bukan haid. Kanser ovari biasanya berkait dengan kanser lain dimana pengesanan perlu dibuat serentak: payudara, kolon, endometrium, servik.

3) Cara Rawatan:
1) ultrasound: ultrasound pelvik dan endovaginal; Ultrasound Doppler.
2) MRI :sensitiviti tisu menyempurnakan delimitasi anatomik tumor dan lokasi yang berkait dengan pundi kencing,
rektum dan ke dinding pelvik.
3) Petanda tumor (ujian darah):
– CA125: kadar 35 U/l; paras ini BUKAN untuk perbandingan bilangan tumor dan perkembangan penyakit, sebab
pemecahan petanda oleh tumor adalah berbeza. Peningkatan berganda paras CA125 di dalam serum dinasihat
menjalani ujian fizikal, transvaginal sonografi dan CT scan.
– AFP dan BHCG: diguna untuk mengesan tumor ovari germinals.
– CA19-9 dan CEA : boleh diguna ke atas tumor musinous, apabila tiada bacaan CA125 didapati.
4) Surgeri: eksploratori endoskopi, eksploratori laparotomi.

4) Rawatan kanser ovari:

1) Surgeri: penting dalam rawatan (peringkat penilaian merebaknya di abdomen), dan sesuai untuk pembuangan
tumor.
2) Kemoterapi: permulaan kemoterapi adalah satu polikemoterapi.
3) Radioterapi: tidak membantu pada jenis kanser ini. Pergabungan antara radio/kemoterapi tidak membantu
dalam kanser ovari, walaupun ia sangat berguna kepada kanser jenis lain.
4) Pengawasan dan rawatan berkala: bertujuan untuk pengesanan awal kemungkinan penimbulan semula kanser
yang tidak dapat dielakkan; dan juga penilaian efikasi rawatan yang diikuti. Paras CA125 sangat penting;
selepas pembedahan pembuangan tumor ovari, ukuran paras CA125 dibuat pada hari ke 5; jangka masa ini
didapati berkait dengan searuh-hidup petanda.Jika paras tidak kembali ke normal penumbuhan tumor disyaki;
bagaimanapun, bacaan normal tidak menunjukkan tiadanya penumbuhan tisu tumor; bergantung kepada pusat
perubatan, sebanyak 15% pesakit perlu dibedah semula selepas surgeri permulaan yang tidak lengkap.
Peningkatan CA125 pada peringkat penimbulan semula memberi isyarat awal beberapa bulan sebelum rawatan
klinikal: dinasihat menjalani ujian CA125 setiap 3 bulan semasa tahun pertama, kemudian setiap 6 bulan.

Peningkatan CA125 bermakna pengesanan lanjutan dengan ultrasound dan imunosintigrafi perlu dilakukan untuk mengesan penimbulan semula.

DALAM PRAKTIS , sila beri perhatian:
PENCEGAHAN kanser ovari , PENGESANAN kanser ovari adalah perlu:

Pengesanan awal tumor ini menyelamatkan pesakit. semua wanita (faktor risiko 1.4%) perlu menjalani pemeriksaan ginekologikal sekali setiap tahun;
-dalam kes mewarisi sindrom kanser ovari (faktor risiko 40%), anda perlu menjalani: pemeriksaan klinikal tahunan, ujian petanda tumor dan ultrasound pelvik. Penyata sependapat NIH mengesyorkan (2002 Laboratory Medicine Practice Guidelines) wanita ini perlu menjalani sekurang-kurangnya pemeriksaan pelvik rektovaginal tahunan dan trasvaginal sonografi dengan mengambil bacaan CA125.

pengunaan petanda tumor dapat membantu dalam pengesanan kanser ovari dan penimbulan semula kanser ini: untuk mengesan kanser ini CA125 bersama CEA diperlukan, jika CA19-9, AFP dan BHCG boleh didapati ia lagi berkesan.

Wanita yang sudah putus haid, CA-125 diguna untuk rawatan tumor jinak dan ganas pelvik. Peningkatan nilai pada wanita yang sudah putus haid yang mempunyai ketumbuhan pelvik perlu dirujuk kepada pakar bedah abdomen, sampel nodus, omentektomi dan pembedahan sitoreduktif.

CA125,CA19-9,AFP dan BHCG adalah sebahagian dari ujian Biomarkers C12.


Kanser dapat dikesan : lakukannya SEKARANG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: