Just another WordPress.com weblog

Kanser Testis (buah pele)

1) Epidemiologi:
Onkologi Perubatan telah membuat banyak kemajuan dalam bidang kanser testis pada tahun-tahun kebelakangan ini, kebanyakan kes penyakit ini dapat diubati pada masa kini. Kanser testis dikelaskan kepada 2 kategori: kanser seminoma dan kanser bukan seminoma.

1) kanser seminomas bekomposisi sebanyak 35% kanser testis dewasa. Frekuensi meningkat mengikut umur selepas remaja, peringkat kemuncaknya ialah antara umur 30-40. Kanser ini bertidak balas baik dengan radioterapi dan kemoterapi.

2) kanser bukan seminomas (55% dari kes penyakit ini) lebih kerap berlaku pada pemuda lelaki, purata umur 31, pada masa mereka agak aktif dalam kegiatan seks. Kanser ini bertidak balas baik terhadap kemoterapi.

Kadang-kadang, kanser testis merupakan konbinasi kedua-dua jenis seminomas dan bukan seminomas. Lebih kurang 10 000 orang lelaki akan diseksa setiap tahun di Amerika Syarikat. Ini adah jenis kanser yang paling umum berlaku pada lelaki muda antara umur 20 to 25 dan 1% daripada kesemua kanser lelaki.

2) Diagnosa:
Risikonya:
– testis yang tidak menurun,
– pembentukan testis yang tidak normal;
– lebih umum pada bangsa putih jika dibanding dengan bangsa berkulit hitam;
– kromosom seks yang tidak teratur (Klinefelter syndrome).

Tanda-tanda:
– Pembesaran testis yang tidak sakit;
– diikuti dengan kesakitan pada testis; ketul intra-testikular yang tidak sakit; pembesaran skrotum;
– kesakitan pada bahagian bawah abdomen.
Diagnosa:
kebanyakan lelaki dengan sendirinya mampu mengesan kanser testis bila mendapati keanehan dalam testis mereka.
– Pemeriksaan klinikal;
– Petanda tumor: AFP , BHCG; CEA , CA 19-9, CA125. AFP dan BHCG menunjukkan peningkatan dalam 80% kes-
kes bukan seminomas. Tahap yang sangat tinggi (melebihi 10 000 ng/ml untuk AFP, 50 000mUI/ml untuk BHCG)
adalah petanda yang kurang baik.
– Radiologi: abdomen dan tomodensitometri dada.
– Ultrasound, Doppler warna.
– Biopsi, untuk mengenal pasti jenis tumor dan peringkatnya.

3) Rawatan:
Kemajuan di dalam bidang perawatan kanser ini membolehkan pesakit membuat pilihan rawatan jenis mana yang akan memberikan kesan sampingan yang paling minima, ia dapat dibahagikan kepada 2 peringkat:
– Fasa pertama: mengurangkan kesan toksik semasa rawatan dan risiko steril;
– dan kemudiannya mengurangkan risiko kembali semula kanser ini kepada tahap minima.
– rawatan susulan klinikal dan biologikal adalah mencukupi;
– Surgeri: pembuangan testis: ini adalah “orchiectomy”; tidak mampu melakukan hubungan seks.
– Radioterapi secara setempat; penghasilan sperma dipengaruhi tetapi kesuburan akan pulih semula selepas
beberapa bulan (dalam kebanyakan kes).
– Kemoterapi: Kemunculan polikemoterapi kini mampu menyembuhkan lebih dari 90% pesakit ini.
Pemuda lelaki yang mengidap kanser testis perlu ingat yang rawatan ini mungkin mengakibatkan ketidaksuburan dan doktor perlu merujuk mereka kepada ‘sperm bank’.

4) Rawatan susulan:
sering mengawasi:
– Ujian klinikal;
– Radiologi: tomodensitometri;
– Biologi: mengukur peringkat petanda tumor.
Radiasi dan kemoterapi boleh menyebabkan kesan sampingan yang rumit pada usus, buah pinggang dan tulang.
Kebanyakan kes yang mengalami kembali semula kanser ini (80%) perlu diperhatikan dalam masa 2 tahun. Pesakit dianggap sembuh bila tiada kesan kanser dalam masa 5 tahun.

Pencegahan:
Pemeriksaan klinikal yang kerap, pemeriksaan sendiri; menjalakan ujian petanda tumor.

Petanda tumor yang disebut di atas adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahun

1) Epidemiologi:
Kanser jenis yang kedua yang paling banyak dijangkiti oleh kaum lelaki. Di Amerika Syarikat orang keturunan Afrika menghidap 25% dari seluruh barah prostat di sana. Di Asia manakala hanya di antara 3-5%. Penduduk di California dijangkit kanser ini 100 kali lebih banyak dari penduduk Cina di Shanghai. Oleh sebab itu ada unsur-unsur genetik dan suasana kemastautinan yang perlu di selidik. Kes-kes kanser ini sedang menurun, 180 000 kes dalam setahun, tetapi tahapnya dua kali ganda 10 tahun yang lepas. Terdapat 40 000 kematian setahun. Kanser prostat mengambil jangka masa yang agak lama untuk merebak, oleh sebab itu kanser ini digelar penyakit orang tua. Isipadu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun.

2) Ketumbuhan kanser prostat :
Kanser ini memrebak dari kelanjar; dari beberapa punca didalam kelenjar, ianya bermula didalam lapisan lemak prostat. Dari situ ianya merebak ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan. 90% dari sel kanser ini merebak ke tulang.

3) Simptom:
– Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan, selalunya pada waktu malam. Kencing tak puas, darah atau
sperma dalam air kencing adalah sebahagian dari simptomnya.
– Kalau terdapat sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang, kemungkinan kanser telah melarat.

4) Diagnosa:
– Pemeriksaan rektum dengan menggunakan jari oleh doktor pakar ;
– Petanda tumor iaitu PSA, had maksima yang boleh dicapai ialah 4.0ng/ml. Kalau dari lingkungan 4.0 ke
10 ng/ml, bengkak prostat biasa boleh disyaki. Tetapi untuk membezakan kanser prostat dari bengkak prostat
biasa, menghitung FPSA( Free PSA) dan nisbah FPSA/PSA boleh menolong, untuk kajian yang normal nisbah ini
mesti lebih tinggi dari 0.25. Kalau nisbah ini rendah kebarangkalian risiko kanser tinggi.
– Menggunakan kaedah skan melalui dubur dan cebisan biopsi untuk mengenalpasti kedudukan dan saiz tumor.
Oleh kerana mengambil biopsi ada risikonya, ianya boleh dielakkan dengan mengambil hitungan FPSA.

5) Rawatan:
Ianya bergantung kepada tahap tumor, adakahnya dah melarat dan membesar. Dalam kes-kes yang biasa ulangan dengan pakar dah memadai, tetapi memerlukan rawatan perubataan seperti terapi hormon.
– Pembedahan : mengeluarkan keseluruhan atau sebahagian prostat;
– Pancaran radiasi : Perkembangan yang pesat dalam mesin dan cara-cara perubatan;
– Hormon terapi: Khasnya digunakan untuk mengurangkan tahap hormon testosteron, boleh mengakibatkan
impotensi dan badan rasa panas ;
– Kemoterapi jarang digunakan.

6) Rawatan susulan:
– Pemeriksaan klinikal;
– ultrasound;
– Skan dan kajian PSA dan FPSA. Selepas pembedahan prostat, tahap PSA akan turun ke kosong. Jikalau ada
peningkatan tahap PSA ini menunjukan kewujudan kembali kanser prostat.

7) Pencegahan:
Ini di atas keperihatinan diri sendiri dan bermakna berjumpa doktor untuk pemeriksaan prostat melalui rektum dan kajian darah untuk PSA/FPSA.

AWAS : Jikalau anda sedang mengambil apa-apa rawatan anti-penuaan yang mengandungi “DHEA”, anda MESTI PASTIKAN anda tidak dijangkit kanser prostat. “DHEA mesti dimakan atas nasihat doktor, di mana doktor akan membuat kajian darah untuk steroid, lemak, glukos dan memeriksa kesihatan prostat.” kata Dr. John Nestle, MD, profesor endokrin dan metabolisma di Universiti Virginia Commonwealth. Dialah orang yang membuat kajian mengenai kesan DHEA ke atas penyakit kencing manis dan pembekuan darah.

.
Petanda tumor adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahun

1) Kedudukan:
Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus kelenjar tersebut. Pankreas dibahagikan kepada kepala, badan dan ekor.

Kanser merebak dari kelenjar limfa ke hati, paru-paru dan peritonium. Terdapat 32000 kes setahun di Amerika Syarikat, malangnya tahap kematiannya tinggi disebabkan penyakit lewat dikesan dan pembedahan yang susah dan rumit.

2) Faktor risiko kanser pankreas: –
– Fakta makanan seperti gula dan kopi. Merokok dan penyakit kencing manis juga boleh menyebabkan kronic
pankreatitis.
– Bilangan penyakit kanser lelaki tinggi dibandingkan dengan wanita (2:1). Purata umur ialah 65 tahun. Bangsa
Africa Amerika menghidap penyakit ini lebih tinggi dari orang Asia.

3) Ketumbuhan:
Kanser pankreas sentiasa dikaitkan dengan kanser perut kerana kedudukannya yang berhampiran sesama lain. Kadang-kala adalah susah memastikan dari mana kanser itu bermula.

4) Simptom:
– Sakit kuning ialah simptom yang paling biasa ditemui kerana tekanan ke atas duktus yang mengalirkan jus
hempedu. Air kencing yang berwarna kuning pekat, kulit kuning, mata kuning, najis berwarna pucat dan gatal
badan.
– Selain dari itu pesakit akan susut berat badan, rasa muak;
– rasa keletihan dan sakit menyucuk dalam perut.

5) Diagnosa:
– Pemeriksaan klinikal: pesakit akan menunjukkan sakit kuning, sirosis hati.
– Ultrasound abdominal, endoskopi ‘retrograde cholangiopankreatografi’ dengan mengambil biopsy.
– Menggunakan petanda protin tumor seperti CEA dan CA 19-9.

6) Rawatan:
– surgeri: terpulang kepada lokasi kanser di atas pankreas, ukurannya dan tahap kanser tersebut. Kanser kepala
pankreas boleh dibedah sekali gus dengan mengeluarkan sebahagian usus kecil, perut, hempedu dan limpa. Ini
ialah suatu pembedahan yang besar dan rumit yang boleh dicuba jika kanser itu kecil dan belum lagi merebak.

– Kes-kes pada tumor yang besar atau telah merebak boleh menggunakan kaedah radiasi dan kemoterapi.

7) Rawatan susulan:
Mengkaji tahap petanda protin kanser

8) Pencegahan:
– mengawasi kencing manis dengan elok.
– berhenti merokok
– membuat ujian darah untuk petanda protin kanser.

Petanda tumor adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahun

1) Lokalisasi, Pertumbuhan:
Kanser perut bermula dari lapisan mukosa perut , dari mana-mana jua bahagian perut dan merebak ke seluruh perut sebelum merebak ke hati, kolon dan pankreas; ke kelenjar limfa berdekatan, paru-paru dan ovari. Selalunya berlakunya gastrik perut kronik sebelum ia menjadi kanser (Displasia).

2) Epidemiologi:
Kanser yang terkenal sejak turun-temurun. Raja Napoleon ialah salah seorang yang terkenal menghidapi penyakit ini. Kanser ini dianggap sebagai kanser negara ‘bertamadun’ dan dikaitkan terus ke pemakanan. Jarang ditemui di negara yang mana pemakanannya berkalori rendah. Negara Jepun, Cina dan Asia tenggara. Terdapat 25 000 kes setahun di Amerika Syarikat di mana 14 000 kematian setahun. Walaubagaimanapun, angka ini sedang menurun ke 50% sejak kebelakangan ini jika dibanding dengan 40 tahun dahulu.

3) Faktor risiko:
Kanser perut jarang dijumpai sebelum umur 50 tahun. Purata umur ialah 70 tahun. Kaum wanita kurang dijangkiti dibanding dengan lelaki (1 : 3).

Faktor makanan yang berkait dengan kanser ini adalah seperti pengawetan makanan dengan garam, nitrat kerana mereka akan bertukar ke nitrit. Bakteria bernama ‘Helicobacter Pylori” pun ada dikaitkan dengan kanser perut. Sayuran dan buah-buahan ada kesan pelindung terhadap kanser ini. Menyimpan makanan di dalam peti sejuk (sebagai ganti pengawetan makanan dengan garam yang diguna pada masa silam), dan kurang mengambil makanan daging bergaram boleh mengurangkan penyakit ini.

4) Simptom:
– Sakit perut dan penghadaman tidak baik;
– Susut berat badan, keletihan dan kelemahan;
– Anemia, muntah darah , loya dan muntah. Berak berdarah diakibatkan pendarahan tumor.

5) Diagnosa:
– gastroskopi, ultrasound dan skan;
– endoskopi untuk membuat pemeriksaan terus ke perut dan mengambil cebisan biopsi;
– ujian petanda tumor seperti CEA dan CA 19-9.

6) Rawatan:
Oleh kerana ianya jarang ditemui pada peringkat awal, prognosisnya kurang baik.
– Pembedahan : Gastrektomi (keseluruhan perut atau sebahagian) bergantung kepada saiz, tempat, kemelaratan,
tahap kanser dan keadaan kesihataan pesakit .
– radiasi : apabila tumor itu tidak boleh dibedah; untuk mengurangkan sakit dan kesumbatan usus, atau
cara paliatif .
– Kemoterapi dan immunoterapi.

7) Rawatan susulan :
Selepas dirawat, mengkaji tahap petanda tumor.

8) Pencegahan:
– Kurangkan garam dalam sajian makanan;
– Menjaga terhadap luka dalam perut;
– Menghapuskan bakteria ‘Helicobacter Pylori’;
– Mengkaji petanda tumor seperti CEA dan CA 19-9.

Petanda tumor yang disebut di atas adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahu

1) Epidemiologi:
Kanser kolon dan rektum adalah jenis kanser sistem penghadam yang paling sering di temui. Kanser kolon dan rektum selalunya bermula didalam lapisan mukosa usus tersebut. .

Sebahagian besar pengidap penyakit ini dijumpai di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Great Britan; jarang ditemui di India, Kolumbia atau Senegal. Kewujudannya 50 kali lebih sering di Amerika Syarikat jika dibanding dengan Senegal. Kanser jenis ketiga yang paling biasa dihidapi oleh kaum lelaki dan juga wanita; dan penyebab ketiga pembawa maut untuk kedua-dua jantina. Seratus tujuh puluh ribu orang Amerika dijangkiti penyakit ini dan ianya membawa maut kepada enam puluh ribu dari mereka setiap tahun.

2) Faktor Risiko:
– Makanan tinggi dalam kandungan lemak dan rendah kandungan serat boleh menyebabkan penyakit kanser
kolon.
– Merokok juga tidak digalakan.
– Alkohol berlebihan meningkatkan risiko jangkitan kanser kolon dan rektum. (Annals of Internal Medicine, 2005).
– Sindrom keturunan seperti penyakit keturunan poliposis usus besar, juga dikaitkan sebagai satu dari penyebab
penyakit ini.

3) Pertumbuhan Kanser :
Tumor ini menembus jauh kedalam lapisan-lapisan mukosa kolon, peritoneum dan ke kelenjar limfa yang berdekatan. Dalam masa yang singkat ianya metastasis ke hati, paru-paru, otak dan tulang .

4) Simptom:
– Sakit perut, cirit dan/atau sembelit yang kekadang selang-seli.
– Tumor yang berdarah akan mengakibatkan najis berdarah merah (kalau tumor berdekatan dubur) atau hitam
(untuk tumor berdekatan perut).
– Simptom yang lain ialah bengkak dalam abdomen, sakit, demam, berat badan susut atau kurang selera makan.
– Pembedahan segera diperlukan jika berlaku sumbat usus dengan penyakit kuning.

5) Diagnosa kanser kolon:
– Kolonoskopi ialah cara pemeriksaan yang terbaik, tetapi menggunakan cara radiology, sigmoidoskopi atau
menggunakan pancaran 64-kepingan MSCT juga memuaskan.
– Mengambil biopsi atau menyukat petanda protin seperti CEA,CA19-9, CA 125.
‘Hemocult’ cara yang sering digunakan tidak seberapa tepat kerana sebab kehilangan darah secara kronik.

6) Rawatan kanser kolon:
– surgeri: Pembedahan untuk tumor kanser yang bersetempat;
– radiasi: Menggunakan pancaran radiasi selepas pembedahan. Kemoterapi digunakan untuk mengurangkan risiko
ulangan. Kaedah radio-kemoterapi untuk kes-kes tertentu. used post-operatively;
– Kemoterapi digunakan untuk mengurangkan risiko ulangan;
– Kaedah radiokemoterapi untuk kes-kes tertentu.

7) Rawatan susulan:
– Pemeriksaan Klinikal : Membuat pemeriksaan ke atas pesakit;
– endoskopi, terutamanya kolonoskopi;
– ujian petanda tumor.

8) Pencegahan:
– makanan serat tinggi;
– Selepas umur 40 tahun, disyorkan untuk melakukan pemeriksaan kolonoskopi setiap tiga tahun sekali dan ujian
darah petanda protin kanser.

Petanda protin kanser yang disebut di atas adalah sebahagian dari C12 Biopetanda, dan sangat digalakkan untuk diuji setiap tahun. Kanser boleh dikesan : Apa yang ditunggukan lagi. .

Kanser boleh dikesan : lakunya SEKARANG.

Di seluruh dunia, kanser paru-paru merupakan kanser paling umum dan boleh membawa maut.

Adakah anda tahu :
– kanser paru-paru adalah pembunuh nombor satu antara kematian kanser yang berlaku ?
– sebanyak 157 000 kematian di Amerika Syarikat pada tahun 2003 adalah disebabkan oleh kanser paru-paru ?
– merokok secara pasif mungkin mempercepatkan pertumbuhan kanser ?
– 87% dari pesakit kanser paru-paru merokok, tetapi 13% daripada pesakit tidak merokok ?
– hanya 1 daripada 9 orang yang merokok akan menghidap kanser paru-paru, bukan 8 orang yang lain itu :
adakah anda salah seorang daripada mereka yang bernasib baik ?
Angka ini didapati dari persatuan kanser yang paling penting, iaitu ACS dan NCI (American Cancer Society dan
National Cancer Institute). Biomarkers ? Informasi yang penting tentang kanser paru-paru dan merokok :
perokok yang kuat lebih mungkin menghidap penyakit ini.
Namun demikian,
-tiada kajian yang menunjukkan perokok cerut (<5 cigars/wk, bukan menarik nafas) meningkatkan kejadian
kanser paru-paru.
-bukan sentiasa merokok (<1 pk/wk) tidak pernah menunjukkan ia adalah satu faktor risiko dalam kanser paru-
paru.
– setengah pencemaran lebih bahaya daripada asap dari perokok.
Untuk membuat penjelasan, jalankan pemeriksaan yang teliti, seperti Ujian Biomarkers C12 dinasihatkan.
Lakukannya, nyawa anda di dalam taruhan.

1) Epidemiologi:
Kanser paru-paru adalah “pembunuh nombor satu”: kanser yang bersebar luas di seluruh dunia. Ia masih meningkat. Namun demikian, tidak dapat dinafikan kemajuan telah dicapai tahun kebelakangan ini sejauh mana rawatan berkenaan. Kanser ini disebabkan oleh penggunaan tobako, ia bermula di negara barat sejak perang dunia kedua. Ia mewakili 20% dari kesemua kanser di Amerika Utara, dibanding 1 ke 2% di Afrika. Sila perhatikan bahawa penyakit ini berlaku agak umum di kalangan wanita, sebab tabiat merokok mereka. : Kanser paru-paru menjadi masalah yang semakin besar pada wanita setiap tahun. Jika kecenderungan sekarang berlanjutan, dalam masa 10 ke 15 tahun, kes kanser paru-paru pada lelaki dan wanita akan muncul : kejadian ini akan menjadi sama, bila 3.5:1 (3 kali lebih bagi lelaki) pada tahun 1975, dan 1.5:1 pada tahun 1999.
Umur yang sesuai untuk diagnosa ialah 66 tahun.

Rawatan kanser paru-paru adalah susah, sebab ia sudah terlewat apabila membuat rawatan: bila membuat diagnosa pada peringkat lewat, , 50% daripada kes-kes menunjukkan metastasis.
Semakin ramai kematian yang disebabkan oleh kanser paru-paru dibanding dengan pergabungan kanser kolon, payudara dan prostat.
Dalam tahun 2004, anggaran kes-kes baru kanser paru-paru di Amerika Syarikat adalah 173,770 : 93,110 kes-kes antara lelaki dan 80,660 antara wanita, menurut kepada Persatuan Kanser Amerika.
menaksir 160,400 kematian, lebih kurang 30% daripada semua kematian yang disebabkan oleh kanser, akan berlaku dalam tahun 2004.

2) Faktor risiko:
– Merokok atau pendedahan ke asap rokok. Risiko yang lebih tinggi jikalau menghisap rokok dibanding dengan
menghisap cerut atau paip .
– Pendedahan ke bahan kimia industri : Asbestos adalah satu dari bahan kimia yang diketahui, gas
radon, kadmium, nikel, bahan kimia industri, tar dan habuk karbon.
– Perokok lebih berisiko jika didedahkan ke bahan kimia industri tersebut dan pencemaran atmosfera.
– Fakta genetik pun memainkan peranan kerana hanya seorang dari sepuluh perokok yang menghidap penyakit ini.

3) Perkembangan kanser:
Kanser paru-paru dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu “small cells lung cancer” (SCLC), dan “non-small cells lung cancers” (NSCLC) mewakili 25% dan 75% masing-masing. Sel-sel paru-paru menukar menjadi sel-sel kanser apabila berlaku ketidakseimbangan fakta-fakta perkembangan sel tersebut. Barah ini boleh melarat ke tulang, hati dan otak.

4) Simptom:
– Batuk berdarah;
– batuk yang berlarutan;
– jangkitan kuman saluran pernafasan dan paru-paru yang susah diubati;
– Suara kasar, lemah lesu dan susut berat badan;
– Sakit-sakit tulang, air dalam pelura para-paru dan sakit tulang belakang.

5) Diagnosa:
– X-ray paru-paru penting tetapi menggunakan pancaran CT Skan digalakkan. Cara MSCT 64-kepingan skan tubuh
dan menggunakan petanda protin ‘Biomaker C12’ adalah strategi yang sungguh berkesan.
– Bronkoskopi boleh mendapat cebisan biopsi;
– Skan dada, abdomen, tulang dan otak adalah sebahagian dari kaedah skan yang digunakan sekarang selain dari
‘Petscan’;
– Kalau terdapat bengkak tumor yang senang dihampiri, kaedah menggunakan CT- Skan ‘guided needle aspiration’;
– Sitologi kahak;
– Petanda tumor iaitu CEA, NSE untuk ‘Small cell barah paru” dan Cyfra 21-1 untuk barah paru-paru jenis
‘epidermoidis’.

6) Rawatan:
– surgeri: spesifik ke lokasi tumor;
– terapi radiasi: bantuan rawatan yang dijalankan bila surgeri tidak dapat dilakukan dengan sepenuh, dan juga
pada tumor kecil yang tidak dapat disembuhkan;
– kemoterapi: bantuan rawatan yang dijalankan sebelum atau selepas surgeri, terutamanya pada peringkat
metastatik, sebab perkembangan metastasis pesakit ;
– kemoradiasi: bentuk yang tidak dapat dibuangkan;
– dos petanda tumor: amat perlu: menjalani rawatan susulan yang mudah, terutamanya semasa kemoterapi dan
mengisyaratkan keperluan untuk mengubahsuai rawatan ini bila klon sel baru ditemui. Beberapa jenis sel tumor
boleh muncul bersama dalam satu tumor dalam kes kanser paru-paru : kemoterapi berkesan ke atas sel-sel
utama boleh menghapuskan kanser jenis ini, tetapi mungkin sel lain dikuasai: semasa rawatan petanda tumor
memainkan peranan yang penting: NSE dan Cyfra 21-1 adalah yang paling penting.

7) Rawatan susulan:
– Kajian radiografik;
– dos petanda tumor : peningkatan nilai satu atau beberapa petanda tumor boleh terjadi beberapa bulan sebelum ia
muncul semula. Rawatan susulan ini perlu dilakukan setiap bulan, kemudian setiap tiga bulan.
.
8) Pencegahan:
DILARANG MEROKOK. Berhenti merokok mengurangkan risiko kanser paru-paru selepas 10 tahun.
Pemeriksaan CT dengan dos rendah / resolusi tinggi, bergabung dengan ujian petanda tumor, akan memperbaiki keadaan kanser paru-paru.

Petanda tumor yang disebut di atas adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahun.

Kanser dapat dikesan : lakukannya SEKARANG

Di seluruh dunia, kanser paru-paru merupakan kanser paling umum dan boleh membawa maut.

Adakah anda tahu :
– kanser paru-paru adalah pembunuh nombor satu antara kematian kanser yang berlaku ?
– sebanyak 157 000 kematian di Amerika Syarikat pada tahun 2003 adalah disebabkan oleh kanser paru-paru ?
– merokok secara pasif mungkin mempercepatkan pertumbuhan kanser ?
– 87% dari pesakit kanser paru-paru merokok, tetapi 13% daripada pesakit tidak merokok ?
– hanya 1 daripada 9 orang yang merokok akan menghidap kanser paru-paru, bukan 8 orang yang lain itu :
adakah anda salah seorang daripada mereka yang bernasib baik ?
Angka ini didapati dari persatuan kanser yang paling penting, iaitu ACS dan NCI (American Cancer Society dan
National Cancer Institute). Biomarkers ? Informasi yang penting tentang kanser paru-paru dan merokok :
perokok yang kuat lebih mungkin menghidap penyakit ini.
Namun demikian,
-tiada kajian yang menunjukkan perokok cerut (<5 cigars/wk, bukan menarik nafas) meningkatkan kejadian
kanser paru-paru.
-bukan sentiasa merokok (<1 pk/wk) tidak pernah menunjukkan ia adalah satu faktor risiko dalam kanser paru-
paru.
– setengah pencemaran lebih bahaya daripada asap dari perokok.
Untuk membuat penjelasan, jalankan pemeriksaan yang teliti, seperti Ujian Biomarkers C12 dinasihatkan.
Lakukannya, nyawa anda di dalam taruhan.

1) Epidemiologi:
Kanser paru-paru adalah "pembunuh nombor satu": kanser yang bersebar luas di seluruh dunia. Ia masih meningkat. Namun demikian, tidak dapat dinafikan kemajuan telah dicapai tahun kebelakangan ini sejauh mana rawatan berkenaan. Kanser ini disebabkan oleh penggunaan tobako, ia bermula di negara barat sejak perang dunia kedua. Ia mewakili 20% dari kesemua kanser di Amerika Utara, dibanding 1 ke 2% di Afrika. Sila perhatikan bahawa penyakit ini berlaku agak umum di kalangan wanita, sebab tabiat merokok mereka. : Kanser paru-paru menjadi masalah yang semakin besar pada wanita setiap tahun. Jika kecenderungan sekarang berlanjutan, dalam masa 10 ke 15 tahun, kes kanser paru-paru pada lelaki dan wanita akan muncul : kejadian ini akan menjadi sama, bila 3.5:1 (3 kali lebih bagi lelaki) pada tahun 1975, dan 1.5:1 pada tahun 1999.
Umur yang sesuai untuk diagnosa ialah 66 tahun.

Rawatan kanser paru-paru adalah susah, sebab ia sudah terlewat apabila membuat rawatan: bila membuat diagnosa pada peringkat lewat, , 50% daripada kes-kes menunjukkan metastasis.
Semakin ramai kematian yang disebabkan oleh kanser paru-paru dibanding dengan pergabungan kanser kolon, payudara dan prostat.
Dalam tahun 2004, anggaran kes-kes baru kanser paru-paru di Amerika Syarikat adalah 173,770 : 93,110 kes-kes antara lelaki dan 80,660 antara wanita, menurut kepada Persatuan Kanser Amerika.
menaksir 160,400 kematian, lebih kurang 30% daripada semua kematian yang disebabkan oleh kanser, akan berlaku dalam tahun 2004.

2) Faktor risiko:
– Merokok atau pendedahan ke asap rokok. Risiko yang lebih tinggi jikalau menghisap rokok dibanding dengan
menghisap cerut atau paip .
– Pendedahan ke bahan kimia industri : Asbestos adalah satu dari bahan kimia yang diketahui, gas
radon, kadmium, nikel, bahan kimia industri, tar dan habuk karbon.
– Perokok lebih berisiko jika didedahkan ke bahan kimia industri tersebut dan pencemaran atmosfera.
– Fakta genetik pun memainkan peranan kerana hanya seorang dari sepuluh perokok yang menghidap penyakit ini.

3) Perkembangan kanser:
Kanser paru-paru dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu “small cells lung cancer” (SCLC), dan “non-small cells lung cancers” (NSCLC) mewakili 25% dan 75% masing-masing. Sel-sel paru-paru menukar menjadi sel-sel kanser apabila berlaku ketidakseimbangan fakta-fakta perkembangan sel tersebut. Barah ini boleh melarat ke tulang, hati dan otak.

4) Simptom:
– Batuk berdarah;
– batuk yang berlarutan;
– jangkitan kuman saluran pernafasan dan paru-paru yang susah diubati;
– Suara kasar, lemah lesu dan susut berat badan;
– Sakit-sakit tulang, air dalam pelura para-paru dan sakit tulang belakang.

5) Diagnosa:
– X-ray paru-paru penting tetapi menggunakan pancaran CT Skan digalakkan. Cara MSCT 64-kepingan skan tubuh
dan menggunakan petanda protin 'Biomaker C12' adalah strategi yang sungguh berkesan.
– Bronkoskopi boleh mendapat cebisan biopsi;
– Skan dada, abdomen, tulang dan otak adalah sebahagian dari kaedah skan yang digunakan sekarang selain dari
'Petscan';
– Kalau terdapat bengkak tumor yang senang dihampiri, kaedah menggunakan CT- Skan 'guided needle aspiration';
– Sitologi kahak;
– Petanda tumor iaitu CEA, NSE untuk 'Small cell barah paru” dan Cyfra 21-1 untuk barah paru-paru jenis
'epidermoidis'.